Monday, November 5, 2018

10 Tips Bersalin Hospital Kerajaan

Assalamualaikum 😍
sangat lama tidak berblogger.. Alhamdulillah masih sihat bernafas dalam iman dan islam πŸ€—

Ana zulfa masih macam dulu.. cuma umur dh 27 tahun sekarang, anak dah 3 orang.. semua boboiboyyy 🀩

Amru Muaz 

Saif Adlee 

Muhammad Al Fateh 


Mula2 nak bagitau semua, anak3 ana semua lahir kat hospital kerajaan, iaitu Hospital Sungai Buloh. Memang pilih nak bersalin di situ, atas banyak sebab. lain kali lah cerita yer.. hihihi kali ni nk story tentang tips bersalin di hospital kerajaan. takde lah tips sangat sebenarnya.. ni cuma perkongsian atas pengalaman ana😍 khas buat ibu2  yang nak tahu..

TIPS BERSALIN HOSPITAL KERAJAAN

1. Bincang dengan suami dan pilih hospital terdekat dengan rumah.

2. Kenal pasti dan google tentang hospital tersebut samaada cantik atau tidak.. hehehe bukan apa ni untuk keselesaan ibu2 nak bersalin.. pemandangan cantik dan bersih.

3. Pergi hospital tu tanya nurse atau doktor atau staff tentang ward atau pun tempat nak bersalin, prosedur nak bersalin situ.

Yg ini sangat penting sebenarnya, sebab masa dh keluar tanda nk bersalin, kamu dan suami dah dalam mood kelam kabut dan akan terus ke hospital, jadi jika tak tahu kat mane bahagian ward bersalin, parking, prosedur.. susah ler😁

4. Kalau boleh cari hospital yang patuh syariah dan tidak membenarkan doktor atau staff lelaki berada dalam labour room.

Banyak hospital kerajaan sekarang dah buat prosedur ni. Hanya doktor dan nurse wanita sahaja boleh menyambut bayi. Contohnya Hospital Sg Buloh la😎
Alhamdulillah semua anak2 ana disambut staff perempuan . i like i like πŸ˜ƒ

5. Pastikan hospital kerajaan tu membenarkan suami masuk labour room teman si isteri yang dalam kesakitan nak bersalin.. sakit oiiii πŸ˜…

Sangatlah membantu jika suami ada sekali.. dia boleh tolong bagi semangat untuk pushhh πŸ˜‚ ingatkan kita berzikir.. dan paling penting dia kena tengok pengorbanan isteri bertarung nyawa melahirkan.. bukan senang wehhh..

6. Buat persediaan rapi untuk bersalin.
-satu beg kecil utk bawak masuk labour room.
Dalam beg tu kena ada:
pampers bayi 1,
baju bayi sepasang,
barut 1,
napkin utk bedung 1,
selimut dan topi bayi,
kain batik mak,
air zamzam,
kurma,
buku zikir.

7. Sediakan atau bawak siap2 letak dalam kereta, lapik untuk baring atau selimut untuk suami menunggu di luar labour room. Biasanya dah 8cm baru suami dibenarkan masuk. Jadi mungkin berejam jugalah para suami menunggu di luar.

8. Sokongan suami sangat penting. Para suami kena selalu ingatkan isteri supaya bertenang dan positif. Bersalin di hospital mana2 pun takpe yang penting isteri kena semangat berjuang nak lahirkan permata berharga 😍

9. Fikir yang baik2, jangan rasa down bila kita ditakdirkan untuk bersalin hospital kerajaan, bukan swasta. hospital kerajaan pun tidak kurang hebatnya, layanan pun dah lebih baik, makanan pun sodappp hahahaπŸ˜†

10. Doa selalu dari awal bersalin. Doa dipermudah urusan bersalin di hospital, doa supaya dapat staff wanita yg baik hati, doa dapat ward yang tak ramai orang.. macam2 lah boleh doa. Allah akan bantu hambanya yang selalu minta pertolongan dariNya.. yakin!!

sekian, itulah perkongsian ana kali ni.. semoga ibu2 sekalian lebih gembira dan positif bersalin di hospital kerajaan 😍

bye.. Assalamualaikum.




No comments:

Post a Comment